1. Semua murid sekolah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.
  2. Murid-murid tidak dibenarkan bermain, berkejar-kejaran atau melakukan aktiviti yang membahayakan  semasa berada dalam kelas.
  3. Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas pada waktu rehat atau selepas sesi  persekolahan kecuali  mendapatkan kebenaran darapada guru.
  4. Pada waktu pembelajaran, sekiranya murid ingin keluar dari bilik darjah, murid dikehendaki meminta kebenaran guru serta memakai pas kebenaran keluar kelas.
  5. Ibu bapa atau penjaga yang ingin berjumpa dengan murid mesti mendapat kebenaran pihak pentadbir  sekolah terlebih dahulu.
  6. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan membawa murid keluar sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbir  sekolah dalam sesi persekolahan.
  7. Selepas tamat sesi persekolahan, padamkan lampu dan kipas. Jangan bermain suis dalam kelas.

Keselamatan: Segera laporkan sebarang kejadian yang mencurigakan atau sebarang kerosakan dalam kelas kepada guru atau penolong kanan. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sekiranya murid-murid keluar dari kelas atau kawasan sekolah dalam sesi persekolahan / kelas tambahan / aktiviti kokurikulum tanpa kebenaran guru.

  1. Keselamatan mesti diutamakan semasa menjalankan aktiviti dalam bilik khas.
  2. Sebelum menjalankan sebarang aktiviti mestilah dapatkan kebenaran guru terlebih dahulu.
  3. Ambil alatan yang dibenarkan sahaja untuk melakukan kerja.
  4. Ikut arahan guru dengan teliti sebelum melakukan kerja.
  5. Sekiranya didapati peralatan yang rosak, segera lapor kepada guru.
  6. Jangan acukan peralatan yang berbahaya kepada kawan.
  7. Dilarang berlari, berkejar-kejaran dalam bilik khas.
  8. Simpan peralatan yang telah digunakan di tempat asalnya.
  9. Sisa bahan mesti dibuang ke tempat yang disediakan.
  10. 10.Murid-murid tidak dibenarkan memasuki bilik khas tanpa pengawasan atau kebenaran guru.

Keselamatan: Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, segera laporkannya kepada guru.

  1. Pusat sumber tempat khas untuk murid membaca, menulis dan membuat rujukan sahaja.
  2. Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan pusat sumber pada masa-masa yang ditetapkan.
  3. Murid-murid juga mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh guru pusat  sumber.
  4. Murid-murid tidak dibenarkan berada di pusat sumber tanpa pengawasan atau kebenaran guru.
  5. Hanya pustakawan yang bertugas dibenarkan berada di pusat sumber.

Keselamatan : Pustakawan bertugas bertanggungjawab memantau murid-murid menggunakan pusat sumber. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, segera laporkannya kepada guru.

  1. Murid-murid hendaklah menggunakan tandas murid, tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.
  2. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tandas.
  3. Jangan membuang sampah, kertas atau benda yang lain ke dalam lubang tandas atau sinki.
  4. Jangan menconteng dinding-dinding dalam tandas.
  5. Paip air hendaklah ditutup dengan rapat selepas menggunakannya.
  6. Sebarang kerosakan alatan dalam tandas hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas / Penolong Kanan.

Keselamatan : Murid dibenarkan ke tandas dengan diiringi seorang murid lain.

  1. Murid-murid hanya dibenarkan makan dalam kantin.
  2. Murid-murid mesti beratur semasa membeli makanan.
  3. Murid-murid mesti menjaga kebersihan kantin. Jangan membuang sebarang sisa makanan, pembalut makanan atau kertas di atas meja.
  4. Murid-murid mesti mengemas tempat makan sendiri dan meletakkan pinggan mangkuk ke dalam bekas yang disediakan.
  5. Murid-murid tidak dibenarkan berlari atau berebut-rebut di kantin.
  6. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makan atau minuman sewaktu pembelajaran.
  7. Murid-murid hendaklah makan dengan sopan supaya tidak tersedak.

Keselamatan : Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, segera laporkannya kepada guru.

  1. Sentiasa mengutamakan keselamatan.
  2. Dilarang berada di padang tanpa pengawasan guru.
  3. Sentiasa mematuhi arahan guru semasa menjalankan aktiviti.
  4. Pastikan semua alatan selamat digunakan.
  5. Memakai pakaian yang sesuai.
  6. Simpan peralatan di bilik sukan bawah pengawasan guru.
  7. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sukan tanpa pengawasan guru.
  8. Murid-murid dikehendaki menukar pakaian selepas aktiviti Pendidikan Jasmani.

Keselamatan : Pastikan segala kemudahan di padang / gelanggang digunakan dengan kebenaran pihak sekolah atau di bawah pengawasan guru. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan kemudahan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

  1. Pastikan bas sudah berhenti, barulah turun atau naik bas.
  2. Berbaris. Dilarang berebut-rebut atau tolak-menolak.
  3. Jangan berdiri di tangga bas.
  4. Berdisiplin semasa berada di dalam bas.
  5. Konduktor atau pemandu bas perlu membawa murid melintas jalan jika perlu.

Keselamatan : Konduktor atau pemandu bas bertanggungjawab atas keselamatan murid-murid dalam bas.

  1. Murid-murid mesti berhati-hati semasa melintas jalan.
  2. Murid-murid mesti berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.
  3. Semasa menunggu di pintu sekolah, murid-murid dikehendaki mengikut arahan Pengawal Keselamatan sekolah.

Perhatian:

  1. Ibu bapa mesti mengawasi anak sendiri dalam perjalanan pergi / balik sekolah. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan berlaku dalam perjalanan.
  2. Murid-murid mesti balik ke rumah selepas sesi persekolahan / kelas tambahan / aktiviti kokurikulum.
  3. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan berlaku selepas sesi persekolahan / kelas tambahan / aktiviti kokurikulum.