Kepada:Ibu Bapa/Penjaga

Program Sekolah Selamat

Keselamatan Murid-murid Tanggungjawab Bersama

Demi menjamin keselamatan murid-murid di dalam kawasan sekolah,  pihak sekolah dan PIBG ingin meningkatkan sistem keselamatan sekolah dengan mendapat kerjasama penuh daripada ibu bapa.

  1.     Sekolah akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut mulai tarikh notis ini   dikeluarkan.

Kebenaran ibu bapa memasuki sekolah.

(Hanya pintu A / tepi kantin diizinkan sebagai laluan keluar masuk)

Semasa waktu persekolahan,  sesiapa sahaja pun tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sekiranya ada urusan rasmi, sebelum masuk ke kawasan sekolah, para pelawat mesti menunjukkan kad pengenalan  bagi mendapat borang pendaftaran dan pas pelawat dari pondok keselamatan sekolah.  Pas pelawat mesti dipakai semasa berada di dalam kawasan sekolah. Selepas selesai urusan, mesti minta tandatangan daripada guru atau pentadbir berkenaan dalam borang pendaftaran.

1.2. Langkah-langkah bagi Ibu bapa yang ingin membawa anak pulang pada waktu  persekolahan.

Ibu bapa yang ingin membawa anak pulang atas sebab hal penting (mesti dibawa oleh ibu bapa atau penjaga), mesti mendapat keizinan dari pihak sekolah dan mengendalikan proses tersebut

i. Sila mengemukakan kad pengenalan kepada pegawal keselamatan sekolah untuk urusan pengesahan dan pendaftaran. Selepas dikenal pasti, pegawal keselamatan akan mengeluarkan borang pendaftaran dan pas untuk ibu bapa.

ii. Menunjukkan borang pendaftaran semasa membawa anak meninggalkan kelas dan minta guru yang berada di dalam kelas menandatangani borang tersebut.

iii. Selepas itu,  bawa murid ke bangunan pentadbiran untuk mendapatkan cop sah oleh kakitangan pentabdbir /kerani.

iv. Sebelum meninggalkan sekolah, borang,pas ibu bapa dan pas murid perlu diserahkan kepada pegawal  keselamatan.

Pengingatan Mesra: Kecuali kecemasan, ibu bapa atau penjaga tidak digalakkan membawa anak balik awal pada waktu mengajar yang terakhir iaitu sebelum waktu persekolahan tamat. Diharapkan ibu bapa dapat memberi sokongan penuh dan memberi cadangan yang membina untuk kebaikan bersama.

2. Etika Pakaian Pelawat

Ibu bapa/penjaga perlu berpakaian sesuai apabila berurusan dengan pihak sekolah .

3. Prosedur untuk ibu bapa menghantar makanan kepada anak

i. Ibu bapa hanya boleh menghantar makanan kepada anak melalui pagar sahaja sewaktu masa rehat .

ii. Ibu bapa dilarang menghantar makanan ke bilik darjah .

iii. Untuk makluman ibu bapa , pihak kantin sekolah ada menyediakan tempahan makanan . Ibu bapa boleh berhubung dengan Encik Eng berkenaan dengan urusan tempahan makanan .

iv. Ibu bapa dilarang menemani anak makan di kantin atau di mana- mana kawasan sekolah sewaktu masa rehat  sekolah .

v.  Kantin sekolah disediakan untuk murid . Ibu bapa dilarang duduk di kantin untuk mengelakkan kekurangan tempat duduk untuk murid – murid .

4. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh murid-murid semasa berada di kawasan sekolah .

   i. Murid-murid mengamalkan nilai murni ketepatan masa . Murid-murid dilarang lewat datang ke sekolah .

  ii. Murid-murid perlu berada di sekolah mengikut waktu persekolahan , murid-murid perlu berada di sekolah 15minit  sebelum waktu pembelajaran bermula .

iii. Ibu bapa menurunkan anak di tempat yang ditetapkan .

iv. Diminta kerjasama ibu bapa untuk menyelia beg sekolah dan barangan yang perlu dibawa ke sekolah bersama anak. Murid-murid diminta turun dari kendaraan ibu bapa sebaik sahaja sampai di kawasan sekolah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas .

v.  Murid-murid sesi petang tidak digalakkan datang terlalu awal ke sekolah. 

vi. Murid-murid sesi petang wajib berada di dalam dewan atau tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid sesi petang dilarang merayau-rayau di sekeliling kawasan sekolah supaya tidak mengganggu sesi pengajaran & pembelajaran sesi pagi .

vii. Ibu bapa dilarang berada di dalam kawasan sekolah untuk mengunggu anak. Ibu bapa perlu memberi arahan yang jelas kepada anak masing- masing tempat untuk menunggu ibu bapa selepas waktu persekolahan (pintu besar A , pintu kecil D,E,F)

viii. Demi keselamatan anak murid , ibu bapa / penjaga diharap dapat menjemput anak dalam masa 30 minit selepas waktu persekolahan. Tidak membenarkan anak merayau-rayau dengan sewenang-wenangnya.

5. Hari Rabu – Kempen Kitar Semula

Sayangi alam sekitar tanggungjawab bersama . Setiap hari Rabu ialah kempen Kitar Semula sekolah .

Ibu bapa  diminta meletakkan surat khabar , kertas atau barangan yang boleh dikitar semula di tempat yang tertentu.

6. Aktiviti Kokurikulum Sekolah

Ibu bapa dilarang masuk ke kawasan sekolah dan menemani anak semasa aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada Hari Sabtu .

7. Hal Kecemasan

Ibu bapa diharap peka jika menerima panggilan yang meragukan . Ibu bapa diminta berhubung dengan pihak  sekolah untuk memastikan keselamatan murid adalah terjamin .

8. Mematikan enjin kenderaan semasa menunggu anak

Diminta kerjasama ibu bapa supaya tidak menghentikan kenderaan di pintu besar sekolah dan juga di depan pintu rumah penduduk taman . Ibu bapa diminta  mematikan enjin kenderaan semasa menunggu anak .

Kesemua peraturan disenaraikan demi keselamatan dan kebaikan murid – murid . Pihak sekolah memohon maaf ke atas sebarang kesulitan . Kerjasama daripada ibu bapa amat dihargai oleh pihak sekolah .